Monday 20 April 2020

Trip to Hatyai ( sambungan )


Assalamualaikum w.b.t.
As a promised. So, i try to end up the all of the Hatyai trip in this entry. Let's proceed for the second day and also the last day. For those that can't find my previous entry. Here, the link Hatyai.

Sambungan,
Second day (1/2/2020)

After perform our Subuh. Aku dengan Fairuz lepak-lepak layan movie, main phone and duk bincang nak pergi mana hari ni. Nampak disitu, dua-dua memang tak plan nak pergi mana. Pagi-pagi baru tergedik nak plan. Sebabnya semalam penat sangat itu yang tak terfikir nak plan apa-apa. Aku macam biasalah bangun pagi bukak sliding door duduk lepak dekat balcony sambil layan perasaan and ambil angin pagi. Area hotel aku duduk tu bagi aku sunyi juga la pagi-pagi. If nak layan perasaan sambil hirup secawan kopi boleh la layan. Uish, nampak kan di situ. 



Morning view


So, lepas sedap menikmati pemandangan di balcony sambil sampaikan salam rindu buat kekasih yang jauh di mata tapi dekat di hati. Memasing pon menyibukkan diri. Ready bersiap apa semua. Dengan semangat yang masih bersisa untuk memulakan perjalanan kami untuk hari kedua. After dah ready, we planned untuk pergi makan Dim Sum. So, our first destination was Dim Sum Chabura.

Macam biasalah mirror selfie untuk hari kedua

Akak tengah busy book grab

Member baru. Sembang-sembang rupanya kerja dekat Infineon ja. So, naik grab sekali pergi Dim Sum Chabura. Tip jimat

Some of the menu. Actually banyak lagi. Harga dia untuk yang kecil 15 baht and yang besar 20 baht. Actually, bukan dimsum ja ada kat sini banyak lagi menu. If nak makan goreng-goreng pon ada. Aku pon tak tau why la aku tak snap banyak gamabr time kat sini. Haish. So, time kat sini jangan risau kalau tak tau nak ambil macam mana sebab akan ada pekerja yang akan tolong. Nanti dia ada sediakan tray. Ambil jala tray tu then ambil number meja pastu pi la pilih dim sum apa yang hang pa nak makan kan.

Breakfast Dim sum oiii.
So, dah settle makan and bayar apa semua. Bermulalah aktiviti berjalan kaki kami. Jalan kaki dari tempat dim sum sampai aku tak ingat pulak nama road tu. Perjalan dalam 2km juga la. The reason is nak pergi melawat masjid. Rupanya, si Fairuz tersalah information about the masjid. Tapi it's okay la sebab boleh tengok cara hidupp diorang kat sana. But for sure aku suka gila jalan kat sana even nampak macam busy but selamat la nak kalau nak buat berjalan kaki as alternatif kan. Berjalan sepanjang jalan tu nasib tak kena kejar dik anjing ja. Kira anjing tu pon macam tau ja tak baik kacau orang. So, dekat tepi-tepi jalan tu actually ada ja makanan halal yang boleh dibeli tapi sebabkan kami still kenyang kan. So, tak ada apa la nak beli. And nak dijadikan cerita elok berjalan tetiba hujan. Bayangkan dengan pakai skirt lagi. Nasib la hujan renyai and sekejap ja. So, aku lanja gambar jala. 







Dekat sini ada kisah yang terjadi tapi malas nak story. Hahahaha..
Bila dah jalan about 2km finally we decided untuk ambil grab sebab nak pergi Watt Hat Yai Nai. Sebabnya tak mampu dah nak jalan actually. Time pergi ke watt tu dekat luar kawasan watt ada macam pasar pagi kat situ and ada juga kedai yang jual pinggan mangkuk, souvenir and pakaian. So, boleh la kalau nak shopping kat situ. Dekat watt tu famous dengan patung buddha yang baring tu. So, aku letak gambar jala dekat area situ.




Time diorang tengah ada gotong-royong.




Ni la pasar yang aku cakapkan tu.

Dah settle pusing situ. Kami pon berjalan lah semula ke pekan. Waktu tengah jalan tu. Tuktuk memang akan slow kan kenderaan and tanya nak pergi mana tapi disebabkan kami nak berjalan. So, decided tolak jala. Tahan sikit la depa memang akan tanya selalu la. Sampai Fairuz stress lah. And mada tengah jalan tu ada satu tempat tu dia terletak bawah flyover. Kat situ dia macam ada pasar karat la. Nak cari apa-apa kat situ boleh lah. Tapi ingat nak beli something kat situ tapi aish ta jadilah. Jalan-jalan tengok dah sampai pekan. Kat sini macam biasa cari makan la sebab lapar oii. Penat lah berjalan jejauh. Pergi 7e dulu beli air dulu pastu menujukah kami ke Hamid Restaurant (bukan kedai mamak tau). So, dekat sini mahal sikit la nak makan tapi sedap la. Berbaloi lah dengan harga dia. Recommanded.

Ni namanya nasi untuk orang diet. Fairuz punya order.

Daging bakar dia sedap. Memang lembut gila.
Settle makan jalan-jalan jap pastu order grab then balik hotel. Second day ni berjalan sampai pukol 5 ja sebab penat sangat la. So, malam lepak bilik jala sebab area hotel aku tu macam sunyi sikit. Kalau nak keluar naik grab la selamat sikit. So, aktivti kami malam tu lepak bilik, edit gambar, layan movie pastu sembang merapu, video call jap dekat kesayangan, call parents. Hahahaha. Tengah rancak kan tiba perut lapar nak dijadikan cerita order lah food panda. Sebab memang malas gila nak keluar bilik. 

Akak food panda on duty

Nasi ayam and nasi beriani

Tengah-tengah makan tetiba dengar bunyi dentuman yang kuat kat luar. Menjenguk lah kami ke luar jendela untuk menyaksikan apa yang terjadi. Rupanya tengok bawah

Bunga api rupanya. So, lepas tu kita tidolah. Sebab esok nak mulakan hari terakhir di bumi Hatyai ni. So, night world.


Last day (2/2/2020)

Salam subuh and salam hari terakhir kat bumi Hatyai.
Hari ni busy sikit kemas barang, kemas bilik apa semua sebab dah last day kan. Train pukol 2. So, lepas kemas barang apa semua terus check out. Kita check out awal la sebab nak gi beli barang apa semua lagi kan. So, before nak check out tu snap la dulu gambar kan. Haha.
Akma dengan mirror selfie memang tak boleh nak pisah.

Our mirror selfie

The background tu lawa

Kawasan perumahan. Lepak-lepak santai.

So, after dah settle. Check out lah. Time ni memang terus pergi shopping dekat Santisuk Market. Pi sini cari jajan dengan keychain untuk family and kawan-kawan. 


Dalam ni penat sikit weh nak jalan. Kalau rajin masuk la setiap lorong. Aku tak adalah masuk sangat setiap lorong. Kat dalam tu boleh la nak beli pakaian, makanan or anything lain.

Ni view dia dari luar
Lepas dah habis shopping tu kita pergi balik dekat kedai makan yang mula-mula kami makan time first sampai tu. Kali ni beza sikit lah sebab Fairuz order tomyam and daging bakar. So, tomyam dia best tu ja aku nak cakap.




Lepas dah settle makan apa semua. Maka berjalan lah kami ke train station. Before tu singgah sat dekat 7e beli barang sikit yang orang pesan and cuci mata tengok kawasan kat situ. Then terus jalan pergi train station ja. Usha bawah jala




unik

Anything boleh tanya diorang if tak tau nak beli tiket or nak naik train mana untuk balik







Hai anak Pak Mail
Acah-acah sangat nak ngurut tu. Hahaha
Last before nak balik kan. Just nice.

Owner muka dah barai sebab dah terbakar. 
So, cukuplah entry untuk kali ni. Since, berakhirlah percutian kami selama 3 hari 2 malam berbekalkan duit sebanyak RM 200. Actually cukup ja tapi if yang memang jenis kaki shopping makan apa semua tu maybe lebih sikit la bajet dia. Tapi boleh la kalua nak bercuti sini sebabnya bajet pon tak adalah banyak mana pon. Kat bawah ni aku nak bagi tips sikit la if ada antara korang yang nak bercuti kat sini kan. So, here lets check it out.


First, untuk sim card kan aku beli ni dekat padang besar. Selalunya, akan ada orang akan jual kat situ. Beli ja satu nanti bukak ja hotspot kan dah jimat dah kat situ. Harga dia tak silap 200 baht aku rasa. Lupa la pulak. Nanti try check balik.
Ni satu lagi la kelainan kat sana. Dia punya socket plug tak macam kita. So, mak sure bawak adopter ya. Nanti menangis pulak tak leh nak charge apa semua tu.
Untuk grab kan aku recommended la sebab satu harga memang tetap and kalau pergi ramai tu boleh jimat. Macam kami cara jimat sembang dengan any pelancong lain kan kot la nak pergi tempat yang sama. So, dah boleh save sikit kat situ. Tapi kebanyakkan grab sana tak berapa nak pandai cakap English. If simple English depa faham la. Kalau rezeki dapat yang memang can speak well rancak la nak sembang tanya apa semua. Kat sana jangan terkejut if tengok grab dia kemain mewah.hahaha. untuk tuktuk kami tak naik sebab berdua ja kan. So, malas.
Ni satu lagi yang membantu la kalau lapar. Tapi itulah make sure sebelum nak order filter dulu either it halal or non halal restaurant. Macam malam susah sikit nak cari restaurant yang halal dalam food panda ni. So, if boleh kalau tak nak keluar malam beli la siap-siap makanan before balik hotel. One more, kami kena juga guna foodpanda sebabnya sunyi kalau nak keluar pergi tempat makan. 


So, tamatlah entry aku untuk kali ni. Penat juga ah nak menulis ni benarnya. Ingat-ingat lupa semua. Apa-apa pon hope tak bosan ah nak baca and one more if ada apa-apa yang nak tanya and aku terlepas pandang let me know. Ruang comment ada ja kat bawah tu. Dia alukan untuk tanya ya. So, if corona dah tak ada nanti boleh la kalau nak pergi. Tapi make sure semua dsh safe la kan. So, I end my entry dengan Assalamualaikum w.b.t and take care everyone. Please stay at home