Thursday 11 February 2016

trip to pangkor

assalamualaikum viewers blog sekalian..
nak cerita pasal trip ke pangkor sebenarnya..bersempena dengan Chinese New Year aku dengan 5 orang kawan aku la buat trip ke Pangkor..actually semua kitorang rancang last minit ja sebab tak balik kampung..lapgipon cuti sat sangat ja..tau2 la bila cuti perayaan semua harga dia up bukan main la..nak buat macam mana salah jugak la sebab silap pilih time.hahah..apa2 pon ada jugak aktiviti daripada mereput kat hostel..al maklumla first week class kan..ramai ja yang tak balik mai hostel lagi..pakat kata class bukannya ada sangat..

let's start the trip..

kami bertolak dari hostel pukol 9.20 pagi..ingat nak naik ferry pukol 10 la tapi disebabkan kesesakkan yang berlaku..al maklumla ramai gila orang..tiket pergi balik 10 ringgit ja..duduk la lama mana nak duduk sampai mereput kat sana pon tak pa..around 10 lebih macam tu la baru dapat naik ferry..kami naik kat jeti lumut..take about 20-25 minutes la..kalau dekat Marina dalam 15 minutes ja..dekat sikit ja..tapi untuk sapa yang betul nak rasa perjalanan laut boleh naik kat lumut..puas hati sikit naik..kalau yang mabuk naik la kat Marina...huhuhuhuhhu



dekat pangkor kami sewa kereta,harga kereta melambung betul harga dia..cekak darah la,dah orang ramai kan..al maklumla yang sehari 80 jadi sehari 150..tak nampak kenaikan yang sangat mendadak kan..tapi disebabkan dah niat nak pergi kita amik jala..lagipon semua 6 orang kan...so,boleh la sewa kereta..destinasi yang pertama adalah pusing pangkor dulu..satu pangkor kami pusing..tak dak besar manapun,biasa ja..tapi jalan dia bahaya sikit la..so,sapa yang drive make sure be careful,jalan dia banyak belok2 dengan curam tu..disebabkan mak ngah aku bekalkan nasi lemak so,dah save sikit la duit kat situ..lepas makan sembahyang pastu rehat kejap dekat masjid.

jimat la bila bekalan dibekalkan..thanks mak ngah


around pukol 3 kami teruskan perjalanan ke teluk nipah..kalau dah nama pantai kan mestila mandi..kalau tak mandi baik tak yah pi kan..huhuhu..bukan selalu kan..tak kan nak mandi ja kan..kami berkayak,sewa kayak 1jam=RM20 boleh la tu..kira murah la..kami naik pon 1 jam lebih jugak rasanya.







puas buat aktiviti kita pi masjid la rehat2 sat..so,lepas maghrib ingat nak makan dekat area pekan pangkor,tengok2 semua kedai penuh,so,si nina drive la pergi teluk nipah..,makan kat sana..kami makan yang set punya..kami amik set Rm50 tambah 4 pinggan nasi dengan 4 cawan air pastu tomyam udang..semua dalam RM67..so,berbaloi la jugak kot.neh

ni la kedai mak cik tu..siakap 3 rasa memang sedap

nak dijadikan cerita yang memang tak boleh dilupakan buat kami,tidur kat rumah bomba..hahaha..cengeng kan,memang cengeng gila lah..ni pon kami ingat nak tidur masjid ja pastu ada orang buat aktiviti agama kat masjid so,tak boleh la...nasib baik ada pak cik tu dia tolong kami,dia bomba,dia cakap kat balai bomba ada la rumah kosng....so,tak cara lain memandangkan hotel2 semua dah penuh..CNY punya pasal kan...so,janji ada tempat nak tido pon dah ok..alhamdulillah la


keesokan paginya,lepas bersiap apa semua kami sarapan warung dekat seblah masjid..lepas tu kami mulakan destinasi untuk hari terakhir acewah..hahahakami melawat Kota Belanda..tak ada apa sangat just ada tembok yang tak siap ja...








sapa nak beli kraftangan boleh la..aku tak beli apa sangat sebab bajet tak cukup pulak..

pastu kita ke teluk nipah balik,nak tengok tembok cina pastu buat ekpedisi memanjat batu..alahai 



 so,sapa2 yang nak tengok view laut boleh laa singgah kat sini..dia ni sebelu nak sampai teluk nipah..berhenti ja,ramai orang amik gambar,acah2 ja sebenarnya..hahahaha





 ni la tembok cina,ingat ka besar..kecik ja..nak naik atas tak berani la sangat sebab ada orang tengah sembahyang.nama pun CNY kan..lokasi dia dekat ja dengan teluk nipah tu..



sebenarnya nak pi ke batu besar,kat situ ada view cantik gila..ingatkan laluan dia ikut batu..rupanya ada jalan lain..aduyai,dah la pakai seluar jeans sakit kaki den meh...apa2 pon memang berpeluh gila la..sabar ja




tu jala kot nak tulis..percutian 2hari 1 malam ni bagi banyak kenangan yang sangat mendalam gila la..alahai macam2 benda jadi kat sana..untuk percutian tanpa perancangan yang sebenar ni la jadinya...apa2 pon enjoy moment kat sana..thanks geng...


Tuesday 2 February 2016

second semester

Assalamualaikum viewer sekalian,
dah masuk semester baru dan jugak dah masuk tahun 2016..cepat ja masa berlalu tak sedar pon..bila tengok blog ni rasa macam dah lama post..last year punya post pon sikit sangat dey,maybe sebab sibuk sangat kot.hahahaha,sibuk apa pon aku tak tau la nak kata..kadang-kadang jenguk ja tapi malas nak update sebab mood tak bapa nak ada..starting my new semester dengan new lecturer,new subject,new group and enviroment yang still sama..panas selalu..tak panas la kalau bukan lumut..hahaha..

semester lalu alhamdulillah result tak dak la gempak mana pon..setakat nak hidup boleh la..haha..al maklumla kita bukannya pandai mana sangat pon..1+1 pon tak sure 2 ka 3..hahaha..betoi ark..2015 banyak sangat benda jadi kat aku...biasa la bila umoq dah semakin meningkat ni masalah banyak gila yang mai,so macam mana sekalipun hang kena stay strong and face everything tanpa nak merungut macam2.. setiap apa hat jadi tu selalunya ada hikmah yang besaq..perancangan Allah tu lagi hebat dari perancangan manusia betol la noh..

this year aku dah nak masuk 19..ok fine still teen right,not 20 yet..aku still rasa muda..neh,berangan tu sudah2 akma oii..alahai,kawan aku hat dah kawin tu tahniah noh,aku ni jodoh tak dak lagi nak kawin cam na...aku kan forever alone.tu fakta yang tak boleh disangkalkan lagi...senior2 aku pon pakat kawin dah..kawan aku hat sama umoq pon dah kawin..uish,depa laju ja kawin..xpa2..aku doakan hampa bahagia..sorry la kenduri tak leh pi..

hanya mampu tangkap gambar jala..amik berkat la kononnya tapi hahahaha..forever alone

abaikan pasai single ka married ka apa ka..tak penting pon dalam post kali ni..saja ja nak selit2 sikit sebab tak dak idea la nak tulis sebab ni first post aku untuk 2016..sebenarnya ada dua blog..blog yang lama aku dah delete sorrry kawan2 ya..aku jadikan ni blog baru aku..maybe follower aku yang selalu jenguk blog lama dulu tak tau sebab aku dah delete..aku jadikan blog ni sbegai blog aku yang tetap sekarang ni..dulu mungkin ya blog nu aku lauhkan everything tetapi sejak2 makin tua rasa macam segan nak cerita pasai dii sendiri dekat blog sebab entahla..berat hati maybe..

by the way,aku dah mati akal ni tu yang banyak merapu tu..apa2 pon doakan aku untuk sem ni ya..

tiada yang lagi tenang melainkan memandang laut,bagi aku kat laut banyak kisahnya..1000 cerita yang kita sendiri tak pernah dan tak mahu terfikir pon..tempat di mana rezeki selalu ada untuk para nelayan,bagi memandang laut tu adalah satu ketenangan yang sukar digambarkan..biarkan ombak menghempas pantai janji ketenangan yang dicari itu kau mampu temui..jangan bebankan mindamu,biarkan masalah mu berlalu dengan deruan ombak yang belumtentu setia dengan pantainya..