Friday 21 January 2022

Pangkor with Love

 Assalamualaikum and Hello.

I'm back for 2022. Kembali dalam entry kali ni dengan kata dah bercuti ka belum?

For your information, this entry should be upload by me last year after the staycation but I was too busy with Final Year Project. Since, I was in my semester break before going to my Internship and got a free time to update my blog. SO, let's enjoy my staycation with my friends at Pangkor for 2 days and 1 night.

Let's start my post with Hye Pangkor. After a long time being finally i'm back to Pangkor. 

This staycation was planned 2 weeks before the date. Bayangkan dalam dua minggu tu nak siapkan bajet, nak booking resort, nak booking tiket feri, nak plan aktiviti dan alhamdulillah semua dipermudahkan even at first tu struggle jugalah nak cari resort sebab kebanyakkan dah fully book. Terima kasih untuk my kakak-kakak yang susah payah booking feri and siapakan plan aktivti kat sana even tak buat sangat pun aktiviti tu sebab nak stayction ja kan. Dengan ada yang tak berapa sihat lepastu cuaca pon macam tak mengizinkan.

So, untuk bajet kali ni semua RM 150/person. This bajet merangkumi semua iaitu:

    1. Booking resort

    2. Feri

    3. Pengangkutan sepanjang dia sana

    4. Makan-makan

memandangkan kami semua lima orang jumlah semua RM 750 and ada ja lebih untuk bajet kali ni. 


Banyak dah bebel kat atas tu, jomlah kita travel bersama di dalam post kali ni.


From Kedah ke Marina Island.

Aku, Bibah dan Aswa bergerak dari Kedah dalam pukol 8 pagi macam tu sebabnya kami ja yang stay dekat kedah. Semnetara tunggu Bibah datang ambil breakfast dulu dengan roomate tersayang.

roommate saya tak ikut tau
waiting for Bibah

Zati and Tirah memang kerja dekat sana. Jadi kami bertiga jala bergerak merentas negeri untuk sampai ke sana. Perjalanan memakan masa dalam 4 jam lebih lah untuk sampai ke sana. After dah sampai sana terus pick up Zati dengan Tirah dekat rumah masing-masing dan meneruskan perjalanan kami ke Marina Island.

p/s: make sure book siap-siap ticket feri ya if tak nak beratur dekat kaunter untuk beli ticket.

Nak dijadikan cerita elok sampai Marina tu feri yang kami booking tu dah nak gerak. So, kami pon drop lah Aswa, Zatie dengan Bibah dulu sebab nak park kereta kan. Malangnya, aku dengan Tirah kena tinggal dengan feri, maka terpaksalah beli ticket baru nasib baik ada lagi ticket weh untuk feri seterusnya. 

Marina Island Jetty

diorang dah dekat Jeti Pangkor

kami masih mampu berselfie even kena tinggal feri








Dalam 10/15 minit berjalanan sampailah aku dengan Tirah dekat sana. Nampak lah muka-muka penat kena tunggu member ditambah bag aku dengan Tirah diorang yang bawakan. Alahai, semua salah bas yang parking ikut suka hati dia lah. Tempat drop dah ada nak juga park kat situ dah tau hari tu memang busy adn kebetulan time Pangkor baru buka untuk orang luar pergi melancong memang sesak lah.

Lepas dah jumpa memasing, Tirah carikan van pink comel tu untuk hantar kami pergi ke Teluk Nipah since resort yang di booking memang dekat area situ. After dah check in semua, memasing dah start lapar lah apa semua. So, rehat sat dalam bilik before keluar cari makan petang tu. Pusing sat petang tu area Teluk Nipah semata nak cari kedai untuk nak makan before nak cari makan malam pulak. Macam biasalah aku letak gambar dekat bawah tu jala aktiviti kami waktu petang lepas check in resort.


Van Pink. Price RM18(Jeti Pangkot-Teluk Nipah)

Sempat snap Pang ja sebab van tu kemain kau laju dia.

Elok sampai kita mirroe selfie.Gambar bilik tak sempat snap sebab aswa buat video ja. Malas nak upload kat sini videonya.












nak makan ikan fresh dengan harga berpatutan boleh lah cari kedai abang ni.

Makan sambil tengok sunset





suasana sana still sama macam dulu cuma sekarang ni Pangkor dah maju lah. Banyak pembangunan dah naik untuk sektor pelancongan lepastu dah jadi pulau bebas cukai pulak sekarang ni. Pusing ja Pangkor banyak kedai-kedai coklat. So, jangan risau lah nak cari coklat. Kedai makan pon dah banyak sekarang ni.

Untuk malam pula jomlah aku payung beberapa gerai-gerai tepi jalan yang mana boleh lah nak try if pergi sana. So, semua perbelanjaan makan dan minum di sana memang dimasukkan dalam bajet yang dinyatakan di awal entry tau. So, jangan tanya why makan banyak sangat. Hahahahaha.


ni view entrance resort. Actually banyak resort and chalet kat sini sebelah-sebelah ja.













Lepas dah beli semua makanan untuk girls talk malam tu. Bermulah semua cerita pasal diri memasing. Aswa bagi tau dia nak kahwin, lepastu mulalah sesi pertukaran hadiah dan curahan perasaan one by one. Alhamdulillah, no drama air mata malam tu. Lepas dah habis tu boleh pulak si Aswa pi bukak stroy hantu-hantu ni dekat youtube pastu mulalah dia yang tak boleh nak lena. So, habislah cerita untuk hari pertama. Lets go to next part.


Day Two

Lepas subuh semua sambung tido balik dan nama pun staycation kan. Kita stay ja dalam bilik. Pagi tu breakfast disponser oleh Tirah. Nasi lemak sorang dua bungkus dengan tea o. Awal-awal pagi Tirah dah hilang pergi pantai layan perasaan yang lain semua masih lena dibuai mimpi indah. Payung sat morning view.




Ni view dari bilik. Nampak kan resort kat belakang tu

Lepas snap morning view tu. Aku pon paksakan diri pergi pantai juga sorang-sorang sebab yang lain masih mimpi indah. hahaha. Pergi pantai memang ramai lah orang pagi tu. Niat nak mandi pandai terbantut sat sebab ramai sangat. So, decide makan nasi lemak jala tepi pantai tu sambil tengok orang yang sedang bermandi manda.


Lepas settle menikmati nasi lemak tu. Decide untuk balik bilik lah sebab dekat resort tu memang disediakan kolam renang. Sebab tak mau sesak dekat pantai maka kita mandi kolam jala pagi tu. Lagipon tak ramai yang mandi dekat kolam yang ada pon budak-budak kecik jala yang mandi. Sebab tadi makan nasi sebungkus ja lepas mandi kolam tu naik makan sat lepas tu terjun balik.Hahahaha





Lepas dah settle semua, mak siap-siaplah untuk pulang kan. Tapi before nak balik tu kita pusing lah dulu satu pangkor. So, untuk hari terakhir kaami decide untuk naik van pink pusing pangkor dan untuk pengetahuan semua van ada sediakan package tau untuk kita pusing pangkor. Just bayar dekat driver and dia akan bawak lah pergi tempat-tempat yang menjadi tempat tarikan pelancong. So, aku akan explain di setiap gambar kat bawah.


kema dengan mirror selfie tak leh berpisah
look like someone joining me
eh makin ramai pulak yang join
before nak berpusing pangkor kita snap dulu gambar


1. Masjid Seribu Doa

First stop actually dekat kilang date ikan tapi tak snap gambar sangat sebab that time pergi tak banyak barang dekat situ. So, nak ambil gambar malas. Lepas settle shopping sikit dekat situ pak cik van tu bawak pergi tengok Masjid Seribu Doa. Kalau ikut nak masuk dalam tapi masa tu dah nak dekat zuhur. then decide untuk ambil gambar dekat luar jala.







2. Kota Belanda

Lepas dah settle bergambar dekat Masjid Seribu Doa. Pak cik van tu bawak kami ke Kota Belanda. Boleh dikatakan ni pon tempat tarikan pelancong. Jom masuk sejarah sikit lah Kota Belanda ni dulu dijadikan tempat untuk simpan bijih timah oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. So, ada sedikit perbalahan berlaku antara rakyat tempatan tempatan dengan Belanda. Then, adalah sedikit kemusnahan berlaku waktu lepastu Belanda bina balik untuk nak letak pengawal dia dekat sini. So, jomlah tengok beberapa keping gambar kat bawah. Tengok jala even ada gambar kami. hahahaha.







Eh lupa pula nak cakap. If nak cari barang kraftangan yang cantik-cantik bolehlah beli kat sini. Ada kiosk yang jual barang-barang kraftangan yang dibuat oleh anak tempatan pulau pangkor.

3. Masjid Seribu Selawat

Lepas dah puas bergambar dekat Kota Belanda. Jomlah kita ke masjid seribu selawat boleh dikategorikan sebagai masjid terapung lah juga mi if tengok betul-betul. Masjid ni cantik sangat tenang ja tengok. Terbina elok di atas air.


aip buat apa tu. Gambar tak banyak kat sini sebab sibuk nak buat video.

Lepas dah melawat beberapa tempat, tibalah masa untuk pulang. So, pak cik terus drop kami dekat pekan pangkor tu sebab dah dekat dengan jeti kan. So, dekat situ semua kalut nak pi shopping coklat tak dak lah gambar sangat. Ada gambar view jala. Jangan risau tau seba dekat situ banyak kedai jual coklat dan barang-barang dari pangkor macam sate ikan apa semua tu.



muka penat jalan sana sini


Boleh lah shopping kat sini




Pre-wedding Aswa ka macam mana ni.


Favourite tempat shopping dekat Lumut

Manjung pon dah maju dah sekarang

So, cukuplah update nya penat lah memerah untuk ingat semuanya. Benda tahun lepas, tahun ni baru rajin nak upload. So, jari pon dah lenguh-lenguh nak tulis panjang-panjang. Nak end lah post untuk kali ni. Oh before lupa Aswa dah melangsungkan perkahwinan beliau dengan pasangan nya. So, before end entry kali ni nak lah letak gambar during perkhawinan Aswa. 

Bridesmaids tak dirancang 


Tahniah Aswa&Reza
Semoga ikatan yang dibina kekal sampai ke syurga.
Ini dinamakan "Where Knowledge is Applied"

Jomlah tamatkan entry untuk kali ini. Will update soon my first backpack dekat Penang. Nantikan.

Bye.