Wednesday 5 August 2020

Kota Kinabalu (from Labuan)

Assalamualaikum all viewers here.
.
.
As you know on 25 and 26 of July i had my short backpack to Kota Kinabalu. Memandangkan sebulan I dekat Labuan so I decide untuk buat my short trip pergi ke Kota Kinabalu.
.
.
25/7/2020
Bertolak dari rumah ke Labuan International Ferry Terminal dalam pukol 7.30 macam tu. Tapi before ke terminal ferry tu I singgah jap kedai for having my breakfast. Singgah dekat kedai nama luaskan seleramu. Since dah beberapa hari aku teringin nak makan lontong or masak lodeh, so i decide order lontong as my breakfast. 
Lontong

After having my breakfast, berangkat la aku ke Terminal. As i decide untuk naik speed boat sebab it took around 35 minutes if I'm not mistaken. So, pergi dekat kaunter and bagi tau mau naik itu speed boat pergi ke Menumbok. Harga untuk ticket RM 9.30 termasuk insuran 80 sen. So, lepas dah beli tiket tu boleh la pergi tunggu dekat balai pelepasan tu. Due to covic kan dia punya boat asal penuh baru jalan okay. Tak lama pon nak tunggu. 

Lepas dah sampai masa maka berangkat la saya untuk meredah lautan bersama-sama penumpang yang lain. Ewahh, meredah sangat. Hahaha. Make sure pakai mask, hand sanitizer and jangan lupa scan code yang disediakan yang mana iya menyatakan kamu berada di situ. Sebelum nak naik boat tu akan ada pemeriksaan suhu oleh security kat situ and juga ada pemeriksaan kastam ya. Nanti masukkan la bag² hang pa tu dalam dia punya tempat scan tu. Lepas dah settle semua tu boleh la terus menuju ke boat ok. So, i letak gambar kat bawah ya.

After 35 minit sampai sudah di Menumbok. Kat terminal Menumbok tak sempat ambil gambar sebab memasing busy kena isi form ya. Due to covic, if sapa yang masuk Sabah, they need to scan form and isi apa semua kat situ. Agak ketat sikit ya kat situ. Dia akan semak kita punya score ya. If 0 score lepas lah. If ada somethings kat score tu dia akan buat pemeriksaan pulak tak silap aku. 
Lepas dah settle semuanya, maka berjalan lah saya ke stesen bas. Tak jauh pun keluar gate tu dah ada stesen bas. So, untuk pergi ke Kota Kinabalu boleh lah choose nak naik bas or taksi or anything else. So, i decide untuk naik bas ja. Tapi itulah bas ni lambat sikit sebabnya dia tunggu orang penuh baru dia jalan. So, my bus pukol 12.30 maka menunggu lah saya di sini. Aduhhh. Harga tiket RM 20 dari Menumbok ke Kota Kinabalu. Ticket nanti akan ada pak cik jual. Dia duduk bawah payung ja dekat bas tu.

After menunggu hampir dua jam lebih juga la. Maka bus pon ready lah nak jalan itupon menunggu juga lah😭😭😭. Yala sampai nya pukol 10.40 basnya 12.30 tengah hari. Hmmmm, terlalu lama.
So, aku nak payung sikit gambar waktu dalam perjalanan dari Menumbok ke Kota Kinabalu.

Waktu dalam perjalanan tak silap aku dari Kimanis ke Kota Kinabalu boleh la kalau sapa yang craving nak makan buah boleh la singgah tepi-tepi jalan tu sebab ramai peniaga yang meniaga di sepanjang jalan tu. 

After tiga jam lebih juga finally sampai. Faktor lambat nya disebabkan construction jalan lepas tu hujan sama kan. Lepastu bas ni pulak jenis singgah ambil orang tepi jalan juga. 

Dah sampai KK Sentral tu aku book grab terus pergi Skypod Hostel sebab nak check in letak barang apa semua. Harga grab nanti aku letak kat bawah ya. Sebab dekat sini mostly aku pergi mana² naik grab ja. So, tunggu grab kejap then terus pergi hostel. Aku letak di bawah ya gambar hostel tu.


Settle mandi-mandi solat apa semua rehat kejap sebabnya memang nak rehat sama. Penat tu Allah ja tau  weh. Ingat lepas check in tu nak la jalna-jalan kejap tapi hujan maka terpaksalah batalkan niat di hati. So,decide rehat kejap. Then,dalam pukol 8 macam tu aku decide nak pergi makan dekat Todak Waterfront tapi apakan daya tak bukak weh. Last sekali pergi makan dekat anjung selera betul-betl depan Pasaraya Bataras. Dia macam foodcourt situ so boleg la nak makan seafood kat situ. Disebabakan aku sorang ja kan and orang memang ramai gila. So, i decide order benda biasa ja. Cadang nak makan ketam tapi batalkan niat jala sebab sorang-sorang tak best nak makan. So, aku order nasi goreng udang dengan Teh C special. Nasi goreng dia berbaloi la dengan harga sebabnya bersepah udang dalam tu. Puas hatilah nak makan. Tapi aku makan tak habis pon sebab penat sama kan.




So, lepas dah sudah makan apa semua aku ters balik hostel ja sebab memang tak larat sangat nak bukak mata. So, aktiviti malam tu hanya pergi makan sahaja and jalan-jalan sikit tengok kawasan.


Goodnight everything

SECOND DAY (26/7/2020)

Hari ni was a second day and gonna be my last day. Hahahaha, backpack kali ni sendu sikit sebabnya aku macam terkeja-kejar sikit sebabnya takut tertinggal dik boat petang nanti kalau ambil as lambat. So, pagi tu aku bangun subuh dalam pukol 5 macam tu and then sambung tido balik sebab memang sejuk gila. After dah puas lena aku bangun mandi apa semua sebab risau takut tak sempat nak pergi mana-mana. Untuk pengetahuan hangpa dekat hostel tu dia ada sedia breakfast ya. So, nak alas perut dulu boleh la sebelum mulakan perjalanan hangpa.

Dalam pukol 8 macam tu aku checkout hostel and book grab terus. First destination aku ialah stesen bas sebabnya nak pergi tengok masa and sekali beli terus tiketnya. So, tiket bas aku pukol 10.15. So, aku ada lagi dua jam ja baki untuk berjalan. Sebab masa yang singkat so aku decide pergi area bandar Kota Kinabalu ja and pergi Muzium Sabah. Tempat lain tak sempat pergi sebab nya diorang pukol 9 baru bukak. Aku ni pukol 10 dah nak kena siap balik dah. So, sedikit rush la aku kat situ. So, aku payung gambar jala. Gambar aku shot sekitar bandar Kota Kinabalu and Muzium Sabah.



Lepas dah siap jalan-jalan aku pergi 7e kejap sementara nak  tunggu pukol 9. Pagi tu aku tak pi cari kedai makan pon sebab nya rasa macam semua benda tak sempat pagi tu. Yala dengan nak rushing bas lagi apa semua mau tak kelam kabut.

So, lepas makan tu aku book grab pergi Muzium Sabah. Tu jala last destination aku. Besar juga lah muzium dia. Nanti sebelum masuk akan ada security yang akan check suhu apa semua. Dah lepas baru dia benarkan masuk untuk beli tiket. Harga tiket RM 2 ja. If ada student id dia bagi free masuk tapi disebabkan aku tak bawak student id maka bayarlah. So, letak gambar jala bagi. Actually banyak gambar tapi malas la nak masukkan semua.










Aku duduk dekat muzium dalam setengah jam macam tu. Dah puas jalan dalam tu apa semua. Aku book grab terus pergi stesen bas. Risau bas tinggal ja. Elok sampai situ bas dah ada cuma tak panggil lagi la.



Waktu balik tak sempat pon nam ambil gambar view sebabnya aku bantai lena ja time balik tu. 3 jam lebih kot baru sampai Menumbok memang aku lena jala.


suasana di sekitar jeti menumbok


kaunter speed boat kalau kaunter feri dekat luar






Speed boat dia time balik memang lain macam. Melambung-lambung sis macam naik kuda. Dengan terbukak gitu dengan seat nya lagi. Tapi alhamdulillah berjaya juga sampai Labuan. Even dalam hati macam-macam fikir. hahahahaha. So, settle lah perjalanan aku selama 2 hari 1 malam. Tapi tak macam dua hari pon sebenarnya. 
.
.
Macam biasa last entry aku mesti aku akan letak bajet and tips. So,here.

1. Booking hostel/hotel
Untuk booking ni hangpa boleh ja guna mana-mana apps yang hangpa selesa. Aku prefer Agoda sebab sis kan sorang-sorang jalan nya😢😢. Hahahaha
2. Grab
Okay waktu kat sana aku guna dua apps ya untuk grab ni. Satu Grab car satu lagi aku guna maxim. Untuk pengetahuan hangpa kan maxim ni murah sikit la dari grabcar. Murah dalam seringgit ke dua ringgit macam tu. Tapi itulah aku banyak guna grabcar sebab dia banyak sikit dari maxim ni.

3. Plug
Yang ni nasib baik aku bawak powerbank weh kalau tidak hmm sendu aku phone tak ada bateri. So, make sure prepare benda-benda macam ni. Bawak adopter ka apa semua tu. Sebab kang tak pasai sendu.

4. Bajet
Bajet kali ni RM 115 tak termasuk makan and shopping. Semua tu total untuk grab+hostel+ticket ya. Kali ni memang aku banyak guna grab sebab nya hujan sama. Kalau tak hujan memang aku jalan kaki ja. But its okay new experience untuk aku kan. sapa suruh gedik pi backpack kan.

So, aku end entry aku kali ni. If ada apa-apa nak tanya komen ja kat bawah tu nanti aku reply. So, wait for my next entry ya. Aku akan cerita tempat makan and tempat menarik dekat labuan since aku duduk kat labuan ni sebulan. Mana tau nanti hangpa nak mai jalan labuan pulak kan.hahahaa

Bye.
Assalamualaikum